CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement
Program CHIPTA 2020 merupakan gabungan Hackathon Data Terbuka dan Hackathon Aplikasi Mudah Alih. Konsep pertandingan adalah berdasarkan C H I P T A iaitu CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement. Konsep ini bertujuan untuk mengajak masyarakat cakna merekacipta pelbagai penyelesaian yang inovatif dan kreatif dengan menggunakan teknologi terkini berasaskan pembangunan aplikasi
PENGUMUMAN PEMENANG CHIPTA 2020
Terima kasih atas semua sokongan dan tahniah kepada semua pemenang
- KATEGORI SEKTOR AWAM
- 1. SMART PPM
(Aplikasi MyQDMi)
- 2. PGAD
(Aplikasi PgAD)
- 3. Digital Therapeutics
(Aplikasi My Transplant Diary)
- 4. I. R. D.
(Aplikasi CountOnMe)
- 5. SpeedKode Technology
(Aplikasi BukuSiComel)
- 6. Cik Care-Ya
(Aplikasi HearMe)
- 7. ELECTRICAL CREATIVE TEAM (ELeCT)
(Aplikasi SMART PRO ESTIMATOR)
- 8. E-ReTax Team
(Aplikasi e-ReTax)
- 9. EGG-CELLENT TEAM
(Aplikasi FOOD CANTEEN ORDER)
- 10. RekaNice
(Aplikasi Persis-Tani)
- KATEGORI ORANG AWAM/INDUSTRI
- 1.Lestari
(Aplikasi Lestari)
- 2. DuoFlex
(Aplikasi Kitar)
- 3. Seedoo.my
(Aplikasi Seedoo)
- 4. #KUS HIGHLANDERS
(Aplikasi #KUS G-PEK)
- 5. Team Dent.10
(Aplikasi Dent.10)
- 6. PoWerTy
(Aplikasi PoWerTy - A Data-Driven MicroFund Social Enterprise)
- 7. LaborScale
(Aplikasi LaborScale)
- 8. NZSQUARED
(Aplikasi MEDery)
- 9. ustazoncall@kuis
(Aplikasi Ustaz On Call)
- 10. Kinabalu Coders
(Aplikasi PasarKita)
- KATEGORI INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI
- 1. TheFourQuadrant
(Aplikasi GigAssist)
- 2. Team Fourier
(Aplikasi Grabage)
- 3. SPOTT
(Aplikasi SPOTT)
- 4. JFF Team
(Aplikasi ZTour Mobile Application)
- 5. iCOP-NET
(Aplikasi iCOP-NET)
- 6. jalanLAH
(Aplikasi Sustainable Transport Approaches)
- 7. Ellzaf
(Aplikasi Protecc Strap and Apps)
- 8. Sterling
(Aplikasi Research Phrase Library)
- 9. A NEW HOPE
(Aplikasi Food4Hope)
- KATEGORI PELAJAR SEKOLAH MENENANGAH
- 1. BAZ apps
(Aplikasi Mobile Trainer)
- 2. Promethean
(Aplikasi OurAuthority)
- 3. Dominator Innovation Team
(Aplikasi eduPocket A+)
- 4. Kurshiah
(Aplikasi 360°)
- 5. The Guardians of the Health
(Aplikasi HealthAlarm)
- 6. Mathemagicians
(Aplikasi Organisasi Kebajikan Pelajar (O.K.P))
- 7. Independent AI
(Aplikasi MyMethadoneProvider)
- 8. MITRACON
(Aplikasi SmarTraf)
- 9. Overdrive
(Aplikasi EduPocket)
- 10. BumiDagang
(Aplikasi E-Temujanji Jab. Pendaftaran Johor)
Inovasi Pemenang CHIPTA 2020
Memaparkan penerangan ringkas berkaitan app yang dihasilkan oleh pemenang TOP 3 CHIPTA 2020 bagi setiap kategori
Aplikasi berkonsepkan pemetaan atas talian yang dapat membantu orang awam dan jabatan mendapatkan maklumat berkaitan pencemaran udara (habuk) dikuari-kuari seluruh negara. Aplikasi akan memaparkan taburan bacaan paras pencemaran udara habuk (Dust Deposit Rate, habuk terampai (TSP dan PM10), bacaan Indek (IPU) serta bacaan indek pencemaran kuari (QPPI) secara interaktif.

App MyQDMi (Malaysia Quarry Dust Monitoring Artificial Intelligence)
SMART PPM
E-mel: iz.abadi@jmg.gov.my
Aplikasi berkonsepkan geospatial bagi membantu AADK memantau taburan/pemetaan penagihan dadah dan seterusnya merancang program serta operasi pencegahan. Aplikasi berupaya membuat pemetaan maklumat dadah, pemetaan lokasi dan kawasan berisiko, pelaporan/statistik kepada stakeholder. AADK boleh merancang program kesedaran yang sesuai dan pengintegrasian dengan maklumat penduduk.

App PgAD
PGAD
E-mel: faiezah@penang.gov.my
Aplikasi untuk meningkatkan swadaya pesakit buah pinggang melalui mekanisma sokongan pesakit dan perkongsian pengalaman. Aplikasi sokongan berkonsepkan digital therapeutics yang menyokong swadaya (self-subsistent) pesakit buah pinggang kronik umumnya dan pesakit transplan buah pinggang khususnya.

App My Transplant Diary
Digital Therapeutics
E-mel: mohd_ghazali@npra.gov.my
Aplikasi untuk menganalisa prestasi SDG negara dengan big data dashboard, menganalisa prestasi SDG syarikat dan memasarkan produk dan perkhidmatan lestari kepada kerajaan dan swasta serta memangkin inovasi dalam norma baharu melalui perkhidmatan marketplace lestari bagi mencapai pasaran Kerajaan/GLC/MNC.

App Lestari
Lestari
E-mel: yoktien@gmail.com
Aplikasi Kitar membolehkan pengguna untuk mengamalkan kitar semula dengan bonus ganjaran serta membantu pengurusan sumber negara dengan terancang. Aplikasi ini akan menambahbaik kadar kitar semula negara, menggalakkan rutin lestari dalam kalangan pengguna di Malaysia dan mendigitalisasi industri kitar semula negara.

App KITAR
DuoFlex
E-mel: khairulhafiz38@gmail.com
Aplikasi untuk memudahkan petani menjual hasil tanaman mereka secara atas talian manakala pembeli boleh memilih dan membeli hasil tanaman dari petani-petani yang telah didaftar. Aplikasi ini membantu petani menjadi "broker" dan memudahkan akses terus tanpa orang tengah ke pasaran pertanian dan petani boleh menetapkan harga tanaman mereka yang lebih kompetitif.

App SeeDoo
Seedo.my
E-mel: ijat325@gmail.com
Aplikasi analitik pekerjaan yang menyatukan maklumat pekerjaan dalam sektor ekonomi Gig untuk pencari kerja, pemain industri dan kerajaan disamping dapat memberi informasi berkaitan pekerjaan popular dan sesuai mengikut situasi semasa kepada pencari kerja serta pempromosi dan menggalakkan ekonomi Gig sebagai norma baharu pekerjaan.

App GIGASSIST
TheFourQuadrant
E-mel: eiqbal.latiffi@gmail.com
Aplikasi ini menghubungkan sistem pengumpulan bahan kitar semula di pusat kitar semula dengan driver yang akan mengumpulkan segala bahan kitar semula dari kawasan perumahan. Kedai yang dihubungkan menyokong kempen zero waste dan data dari aplikasi ini boleh menyumbang kepada perkongsian sumber data terbuka.

App GRABAGE
Team Fourier
E-mel: muhamadumair01@gmail.com
Aplikasi untuk mengenalpasti jenis penyakit kulit melalui pengecaman gambar. Aplikasi ini menggunakan teknologi Artificial Intelligence (AI) untuk menganalisis dan mengklasifikasikan jenis penyakit kulit, dan seterusnya memberikan statistik dan informasi berguna berkaitan dengan penyakit kulit tersebut.

App SPOTT
SPOTT
E-mel: surr99@outlook.com
Aplikasi yang berfungsi sebagai pelatih kecergasan untuk kegunaan orang ramai. Berfungsi sebagai trainer maya untuk mengingatkan anda tentang rancangan untuk menurunkan berat badan serta mengesyorkan diet, restoran dan gim berdekatan serta latihan fizikal yang berkesan.

App Mobile Trainer
BAZ Apps
E-mel: marsyam83@gmail.com
Aplikasi yang berfungsi untuk menghubungkan pihak sukarelawan dengan mana-mana pihak yang memerlukan bantuan barang-barang keperluan kesihatan.

App OurAuthority
Promethean
E-mel: norhasyarmin@tkc.edu.my
Aplikasi pendidikan untuk pelajar mengakses secara dalam talian bagi memudahkan capaian nota subjek yang dipilih serta video klip sesi tutorial oleh guru-guru dari rangkaian TV Pendidikan. Pembelajaran secara mikro ini menjadikan sesi pembelajaran lebih berkesan dengan penggunaan animasi dan grafik.

App eduPocket A+
Dominator Innovation Team
E-mel: akmar@smkpp16.edu.my
CHIPTA 2020
CHallenge on Innovation and Problem solving through Technology Advancement
Satu program Hackathon anjuran Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)
TAGLINE
“Tomorrow’s Innovation…TODAY”
TEMA
“Enabling Innovation for New Norm & Better Future”
MATLAMAT
Inovasi digital ke arah kesejahteraan rakyat



Kriteria Penilaian
BERFUNGSI
Aplikasi mudah alih dapat berfungsi dengan baik dan memenuhi spesifikasi mandatori yang ditetapkan dalam syarat penyertaan
BERINOVASI
Aplikasi adalah berkualiti, berinovasi, interaktif, mesra pengguna dan boleh dikomersialkan dan dikembangkan pada masa akan datang
BERKESAN
Penggunaan set data berkesan yang boleh dianalisis dalam bentuk graf dan statistik dan dapat memaparkan data yang inovatif
BERMAKNA
Aplikasi yang dihasilkan adalah relevan untuk menyelesaikan masalah serta memberi faedah dan impak kepada Kerajaan dan rakyat berteraskan kepada elemen SDG
BERMUTU
Serahan projek yang berkualiti dan melengkapkan setiap elemen penerangan projek dengan jelas berasaskan kepada templat yang telah diberikan
BERWAWASAN
Jelas dan ringkas dalam membentangkan aplikasi yang telah dibangunkan dan menunjukkan semangat kerjasama berpasukan